;

Wednesday, March 10, 2010

Kenapa Mesti Dato' Siti Nurhaliza????


Kenapa mesti Dato' Siti Nurhaliza yang sy jadikan Idola....sy cuba menterjemahkan relevannye Dato' Siti Nurhaliza dalam hidup sy sehingga dipilih sebagai sumber inspirasi sy.....



Mula meminati DCT sejak dari bangku sekolah lagi...usaha beliau sering kali sy jadikan pemangkin untuk diri sy menjadi yang terbaik. Komitmen beliau terhadap career adalah pencetus semangat untuk sy menjadi begitu komited terhadap career sy..
Hakikatnya.......perkara yang paling penting yang sy kejar sekarang ni adalah untuk berjaya dalam arena sy sendiri sepertimana DCT berjaya di dalam arenanya...apa yang bermain di fikiran sy sekarang ni ialah:
" JIKA DCT MENDAPAT PANGKAT DATO' SEBELUM USIA 30 TAHUN, SY PULA AKAN CUBA MENDAPATKAN PHD SEBELUM USIA 30 TAHUN"

Sunday, March 7, 2010

Menemui Cinta Baru - Membaca & Kinder Bueno

- Masa sy banyak dihabiskan dengan melayari internet dan bersengkang mata "chatting" dengan kawan2 rapat dalam YM....sampailah satu tahap sy mula merasakan yang perubahan dalam diri patut dilakukan secepat mungkin. Yerr...sy mula kurangkan aktiviti tersebut dengan melayari apa yang patut sahaja. Kawan2 mula bertanyakan kpd sy "where r u wan??, long time no see, what happened to u??,OMG sy rasa bersalah sgt kerana YM lah tempat untuk saya berkongsi rasa dan mendekatkan diri sy dengan kawan2 yang berjauhan dgn sy dan org yang saya sayangi...skrg sy akan kembali aktif dalam YM tetapi bukan bermakna sy akan online 24 jam, tetapi ada tempoh masa tertentu sy akan online kerana....."SY DAH MENEMUI CINTA BARU SY" :-)



- Yeahh...inilah cinta baru sy, "MEMBACA" hehe....walaupun saya academician, tidak semestinya sy akan membaca buku2 academic jer....Sekarang sy dalam proses menghabiskan buku "Journey to Space by Dr. Sheikh Muszaphar". Buku yg berkisarkan pengembaraan Dr. Sheikh ke Angkasa akan sy cuba habiskan dalam tempoh masa terdekat ni....Salah satu sebab sy jarang YM cuz sy terlalu asyik membaca skrg ni heheh.....harap sume faham eh...jgn lupa Buzz YM or msg thru hp sy cuz kadang2 sy tidak berada di depan laptop... :-)..mulai hari ni sy akan kembali aktifkan YM sy agar kita same2 boleh berkongsi rasa seperti biasa.....

- Apa relevannye Kinder Bueno di sini?????....yeah.....Kinder Bueno adalah peneman hidup sy ketika membaca...sy merupakan peminat setia Kinder Bueno sejak di universiti lagi....so sehingga sekarang Kinder Bueno menjadi pembuka selera sy...walaupun sy teramat gilakan coklat ini, tetapi sy sedar yg ianya boleh menjadi pembunuh no 1 sy, so sy kurangkan pengambilan coklat ini....Kinder Bueno juga pernah menjadi hadiah sempena hari jadi sy, thanx to my frens yg amat faham dgn selera sy...hehehe...so..next bezday xreti2 nak hadiahkan Kinder Bueno lagi muahahah......



Coretan Pertama 2010 - "Mengimbau"


"Imbauan Masa Lampau"
"Coretan pertama sy untuk tahun 2010.....yeah...saya bukanlah seorang blogger yang aktif, hanya individu biasa yg berkongsi coretan bila terbitnya rasa "
Bila lihat pics dulu2, teringat plak betapa heppy dan bahagianya menjadi seorang "kanak-kanak", sy xperlu nak pikirkan apa2, hidup hanyalah dengan permainan dan rakan. Teringat lagi permainan "polis entri, dek cok berambat, nusuk, men getoh, pekong slipar, dek cok kapa tebe (permainan dlm bahasa Kelantan hehe)...sumenye bez bersama rakan2...tapi hakikatnya tu sume sekadar imbauan dan kenagan manis yang xdapat dilupakan...
Bila lihat pics dulu2, teringat plak betapa heppy nya saya menyakat nenek dan atuk. Teringat nasi goreng nenek dr Pahang...nyummmm beznyer.....menyakat nenek dr Kelantan tengah bercucuk tanam kat kebun...kenangan yang tidak dapat dilupakan. Membonceng basikal tua atuk ke kebun...waaaaa.....seronok sgt....tapi.......sumenye dah berlalu dan hanya tinggal kenangan.... atuk dan nenek sebelah ma dan abah sumenye telah kembali menemui Pencipta... Al - Fatihah...
Bila lihat pics dulu2 maka terdetik di hati, yeahh...itu hanyalah "KENANGAN" yang xdapat dilupakan....Hazwan yang dulu kini dah berusia 25 tahun, memiliki sebuah kehidupan sendiri...mempunyai harapan dan impian dalam career untuk dikejar. Walaupun career selalu bermain di bibir, tetapi abah, ma dan keluarga perkara yang paling penting dalam hidup....rasa sayang terhadap mereka tidak pernah pupus. Sy akan terus menyanyangi keluarga, rakan2 dan org yang penah menyayangi sy dan membuat sy selesa sampai bila2.......


Thursday, November 12, 2009

Trip to Hong Kong with my best frens!!!!










Day 1

-Bertolak jam 7.30 pagi dan tiba di HK International Airport pada jam 11.30 pagi, Subway to Terminal 2 untuk memulakan langkah
-Langkah pertama membeli "Octopus card" for unlimited rides of MTR/trem for 3 days
-Beli tiket Disneyland kat The Magical of Disneyland at HKIA
-Amik taxi dan terus ke Rambler Garden Hotel, Tsing Yi Road (Rehat setengah jam)
-Amik Taxi dan terus ke Kwai Fong MTR station untuk ke Mongkok (Shopping time at Ladies Market), then terus ke Tsim Sha Tsui untuk berehat di Avenue of Stars.


Day 2


-Yeah...buke map untuk ke Disneyland..
-8.30 am ke Kowloon sambil2 tgu Disneyland buke...arrgghhhh duit dah kurang...so terus cari Money Changer..
-Amik MTR terus ke Laiking untuk tukar tren ke Sunny Bay Station, then tukar lagi untuk ke Disneyland Resort.....(fuh...enjoy)!!!
-10.30 - 6.00 pm kat Disneyland, then amik tren ke Masjid Kowloon at Tsim Sha Tsui
-Singgah makan kat Ziafat Restaurant - nyummmm!!!Beryani Mutton & Mix fruit banana (Pakistan food)
-Ke Ladies Market lagi cuz ada barang souvenir yg kurang..heheh...


Day 3

-7.30am, amik tren ke Laiking MTR Station untuk nek HKIA Express...
-Arrived at HKIA at 8.15........gud bye Hong Kong.......going back to Malaysia
-Next trip guyzz?????? Abu Dhabi or Korea??? hehehhe.......

Wednesday, July 8, 2009

Alexander Ryback - Fairytale (Eurovision Song Centest 2009)


Ingin memperkenalkan Alexander Ryback yang berkebolehan mencipta lagu, menyanyi dah bermain violin semase persembahan.....Persembahan yang memng superb dari Alexander sehingga melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara untuk Eurovision Song Contest 2009. First time aku dengar lagu ciptaan dia ni trus terpikat....Lagu Fairytale yang dinanyikan oleh Alexander seolah2 dia sedang bercerita kat org ramai...memang terpegun!!!..gesekan violin pun sdap didengar.....xheran la dia ni ramai fans..

Eurovision Song Contest adalah pertandingan mencipta lagu antara negara-negara yang aktif dalam European Broadcasting Union (EBU)..Alexander yang mewakili Norway adalah penyanyi yang telah mencipta sejarah mendapat markah yg paling tinggi dan sekaligus mengalahkan pencabar dari 16 negara lain....wow!!! hebat!!!...xheran la..memang hebat pun huhuh....

Ape2 pun show Alexander memang layan habis..... I'm a fan of Alexander Ryback :-)

Tuesday, July 7, 2009

Shopaholic!!!!!.....yeah....born to be a shopaholic....

Tgh tgu korum cukup untuk bershoppin'..so..main snap pic lerr...

Last weeked....telah menjadi rutin untuk aku berada di KL (rumah keduaku di Maluri, Cheras)...menghabiskan masa dengan kawan2, menonton wayang, borak2 dan paling penting shopping hihi....Sabtu, jam 9 pg seperti yang dijanjikan, aku bertemu rakanku di SOGO...wow!! sales!!!....apa lagi..terus ke ATM untuk keluarkan duit dan membeli seluar slack hitam untuk keje...yeahh!!! 1 brg dah dapat...Aku dah kawanku truskan lagi aktiviti "shoppin'" sampaila kat ruangan perfume.....wow!!wangi semerbak!!!! buatkan aku mula eager untuk mendpatkan satu memandangkan perfume Burberry The Beat yang aku slalu pakai dah habis......Yang menjadi pilihan adalah Polo Double Black, Ralph Lauren....yeahhh!!! 1 brg lg dah dapat....seriuss!!! aku memang gilakan perfume Ralph Lauren...bauan yg sgt sesuai untuk sape2 yg bergelar lelaki.....xdinafikan yang aku memang penggemar perfume Ralph Lauren!!!!(but I'll say no to Intimately Beckham, xbez langsung hehe)


Teman hidup baru..Polo Double Black by Ralph Lauren


Jadi kenangan, Burberry The Beat

Jam 4 petang, aktiviti diteruskan lagi dengan meronda2 dia pasar malam jalan TAR memandangkan aku dan kawanku berkeinginan untuk mencari menu dari pelbagai negeri...yeahh...ape yg sedap mata memandang kami belasah.....kekenyangan!!!...Jam 7 malam kami mule pulang ke rumah masing2 kerana masing2 mempunyai agenda yg tersendiri pada waktu malam.......agenda aku cam biasa la, hanya aku sorang jer yg tau muahahha......

Tuesday, June 30, 2009

Teruja! Kagum! SATU mencipta kegemilangan...



Promote diri muahaha...

Yeah..kalo dah nama Siti Nurhaliza, buat konsert ape pun pasti meletup!!!.....secara jujurnya aku amat berpuas hati dengan perjalanan plot konsert SATU....Tepat jam 5.30 petang aku bergegas ke Bangi dan Pantai Dalam untuk mengambil kawan dan kami bertiga terus ke Istana Budaya. Hati mula berdebar tak kala melihat baju2 yg pernah dipakai oleh Dato' Siti Nurhaliza sepanjang bergelar anak seni...(Menakjubkan!!) baju yang dipertontonkan di ruang legar Istana Budaya sudah cukup menceritakan perjalanan konsert yang akan dipersembahkan nanti....aku dan kawan2 memanfaatkan masa sepenuhnya dgn bergambar di ruang legar IB...Apabila pengumuman kebenaran masuk panggung dibuat, keterujaan makin bertambah...wahhh!!!! xsbr!!!!....

Sesi bergambar b4 masuk Panggung Sari, Istana budaya



Koleksi baju-baju yang pernah dipakai oleh Dato' Siti nurhaliza

Selepas sama2 berdiri menyanyikan lagu Negaraku, maka kelunakan dan kemerduan suara diva terulung mula bergema!!!! sorakan demi sorakan terus dilontarkan oleh para peminat...gamat dibuatnya...aku dan kawan2 juga turut bersorak!!! hahaha...beshhh sgt!!!...2 jam dihiburkan dengan vocal mantap CT...PUAS.....SGT PUAS!!!!....kehebatan yg tiada tandingan....aku cukup teruja dengan lagu Kurniaan Dalam Samaran yang dipersembahkan oleh ct., dengan memakai kimono merah, ct menyanyikan lagu tersebut sambil berjalan bersilang..hebat!!!Tarian yang dipersembahkan juga amat hebt (pandai juge ct nari ehh), aku betul2 terpukau bile dengar lagu cindai yg diubah dan lagu ku milikmu yg diadun dgn lagu Crazy in love..hebat!!!...(xtau nak citer camner dah muahahah)

Konsert berakhir lebih kurang pukul 11 lebih, aku dan kawan2 memutuskan untuk terus pulang ke rumah kerana kepenatan...so xsempat nak amik autograf ct huhu......


Penutup Konsert SATU