;

Tuesday, February 24, 2009

The Curious Case of Benjamin Button, komen anda??


Yeah kali ni kite ckp pasal film ni plak…..The curious case of Benjamin Button memang sesuai sgt pada sape-sape yg tengah syok bercinta skrg ni. Citer yang terkeluar dari logik akal ni nampak menarik dan kemas bila difilemkan (yer larr..nak logic camne kalo mula-mula lahir dah jadi tua, makin berusia makin muda plak hehe, Old baby!! Cute!!). Citer dia camni, ader sorang budak tu dilahirkan tua, name dia Benjamin Button (Brad Pitt). Mak dia mati mase melahirkan dia, ayah dia plak tak sanggup dapat baby camtu dan cube untuk bunuh baby tu (ish..ish..memang touching sgt mase ni, aku dpt tangkap feeling tu hehe). Ayah dia tak jadi nak bunuh baby tu then tinggalkan kat tangga sebuah rumah. Start daripada tu, Benjamin dijaga oleh pasangan kulit hitam (aku terlupa plak nama pasangan tu, sori!!). Makin hari Benjamin jadi makin muda, daripada seorg tua yang tak ada rambut langsung dan tak bleh berjalan sampai la menjadi seorg pemuda kacak. Dalam tempoh tu dia berkenalan dengan seorang wanita bernama Daisy (Kate Blanchett). Masa tu diorang dah mula suka sama suka, tapi tak boleh nak lebih-lebih sb ada halangan. Benjamin pun pegi belayar dan lepas bertahun-tahun barulah dia pulang kembali ke rumah dan bertemu kembali dgn Daisy yang dah jadi seorang penari terkenal. Filem ni bertambah romantis bila masing-masing bertemu di satu titik yang mana usia pemikiran mereka sama (aku tak reti nak explain camne…lebey kurg camni la, Benjamin dari tua ke muda dan Daisy plak dari muda ke tua so mereka bertemu pada titik usia pemikiran yg sama yg mana masing-masing matang dan memerlukan cinta dan kasih sayang, heheh, kalau tak faham kene tgk sdiri okey :). Masa tu Benjamin minat sgt kat Daisy, tp Daisy dah ader boyfriend, so terpaksalah dia lupakan. Citer jd makin romantis bila Daisy “accident” dan tak bleh menari lagi (kesian sgt!). Benjamin dtg untuk jaga Daisy kat hospital tp Daisy halang sb tak nak bagi Benjamin tgk keadaan dia mase tu. Bila Daisy dah sembuh dia kembali jupe Benjamin dan diorg mula bercinta (romantis sgt mase ni). Sampai la satu masa yg Daisy "pregnant" dan Benjamin plak mula menuju ke arah keremajaan. Benjamin bgtau Daisy suh cari org lain untuk jd bapa kpd bayi mereka sb dia tak nak Daisy membesarkan dua orang baby serentak (anak mereka dan Benjamin tu sendiri, Complicated!!). Daisy jd semakin tua manakala Benjamin plak mula jd muda dan kenagan bersama Daisy semakin kabur dalam minda dia. Daisy amik Benjamin dan bela dia sampai la Benjamin menjadi seorg bayi yang kecil dan mati di pangkuan Daisy. Daisy plak mati di usia tua ditemani oleh anak mereka yang dah besar!!!Mase tu la anak dia tau sape ayah dia yg sebenar.. (Touching sgt!!! Touching sgt!!!)
K/p : Jalan citer yg bez dan romantis. aku bagi 4 bintang untuk film ni. Sesuai untuk yg tengah bercinta. Mungkin pada awal penceritaan ader gak rase bosan, tp benda tu normal. Yang penting citer dia memang boleh layan…….. so..moh ramai-ramai p tgk!!!!!!!!!!!!!!!!

Ledakan Upin & Ipin!!!! Superb!!!

Puas hati!!!Menakjubkan!!! tu yg dapat aku katakan mengenai filem ini. Dua budak kecil “Upin&Ipin” buat aku tergelak jer. Filem yang berkisarkan dua orang budak bandar pulang ke kampung dan terjebak dalam kes penyiasatan kecurian buah durian oleh “Hantu durian” di dusun atuknya. Citer dia bermula camni, dua budak bandar pulang ke kampung nak jupe atuk sambil mengetahui kes kecurian buah durian oleh hantu durian di kebun atuk dia. On the way balik kampung tu memang aku terpukau dengan scenes dia. Scene monyet dengan Lim, Scene angsa melintas jalan, scene ayam dan lembu memang amat melucukan heheh…. Sampai kat kampung mereka mula berkenalan dgn watak-watak utama seperti Upin, Ipin, Sally, Kak Ros dan Rajoo. (Pandai betul diaorg hidupkan watak-watak ni dgn character yg berbeza). Watak Sally memang melucukan, dan percakapan Upin & Ipin plak boleh buat sume penonton dlm panggung tergelak. Pengembaraan bermula bila Upin,Ipin dan Rajoo follow dua budak bandar tu ke dusun dan mereka mengejar satu makhluk pelik yang kononnya hantu yg mencuri buah durian kat dusun tu (Scene dia memg wow!!, rugi kalo xtgk!!! Makhluk tu plak cutee gileer!!! Sure ramai fans nanti), masa tu mcm2 la penceritaan yg best!!(kene kejar ular raksasa, makhluk seakan predator, dan lintah bulan yg besar ),nak citer pun panjang heheh, nak tau kene tgk sendiri hehe, tp ending dia memg best la, rahsia hantu durian tu akhirnya terbongkar..…!!

K/p: aku bg 5 bintang kat filem ni. Scene kene kejar ular besar dan makhluk ala-ala predator tu memang amat menarik, buat suspen jer, tambahan lagi bile Rajoo kene tangkap kat makhluk tu (berdebar gak la walaupun citer cartoon hehe). Watak-watak dlm filem ni ader character dia tersendiri, so kite memang bole enjoy sgt..ader feel!!!. Pecah panggung bila tgk watak Sally heheh..Environment dalam filem ni pun menarik, betul2 keindahan kampung… Tak heran la tiket asyik sold out jer….ape yg boleh aku katakan yg filem ni memang SUPERB!!!!

Tuesday, February 17, 2009

Salam pembuka bicara.....

Permulaan yang amat hebat dalam mengorak langkah ke dalam satu bidang yang amat baru bagi pengemis. Menilai, meneliti dan mempelajari dalam usaha mendekatkan diri dengan komuniti maya adalah suatu yang amat membanggakan. Bicara dan tutur kata kelak hanyalah sekadar luahan untuk berkongsi dan bercerita dari sudut hati seorang yang bernama "pengemis desa"........