









Day 1Mata telah melihat, telinga telah mendengar dan hati mula meluahkan.....










Day 1
Ingin memperkenalkan Alexander Ryback yang berkebolehan mencipta lagu, menyanyi dah bermain violin semase persembahan.....Persembahan yang memng superb dari Alexander sehingga melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara untuk Eurovision Song Contest 2009. First time aku dengar lagu ciptaan dia ni trus terpikat....Lagu Fairytale yang dinanyikan oleh Alexander seolah2 dia sedang bercerita kat org ramai...memang terpegun!!!..gesekan violin pun sdap didengar.....xheran la dia ni ramai fans..
Eurovision Song Contest adalah pertandingan mencipta lagu antara negara-negara yang aktif dalam European Broadcasting Union (EBU)..Alexander yang mewakili Norway adalah penyanyi yang telah mencipta sejarah mendapat markah yg paling tinggi dan sekaligus mengalahkan pencabar dari 16 negara lain....wow!!! hebat!!!...xheran la..memang hebat pun huhuh....
Ape2 pun show Alexander memang layan habis..... I'm a fan of Alexander Ryback :-)
Tgh tgu korum cukup untuk bershoppin'..so..main snap pic lerr...
Teman hidup baru..Polo Double Black by Ralph Lauren
Jadi kenangan, Burberry The Beat
Jam 4 petang, aktiviti diteruskan lagi dengan meronda2 dia pasar malam jalan TAR memandangkan aku dan kawanku berkeinginan untuk mencari menu dari pelbagai negeri...yeahh...ape yg sedap mata memandang kami belasah.....kekenyangan!!!...Jam 7 malam kami mule pulang ke rumah masing2 kerana masing2 mempunyai agenda yg tersendiri pada waktu malam.......agenda aku cam biasa la, hanya aku sorang jer yg tau muahahha......

Promote diri muahaha...
Sesi bergambar b4 masuk Panggung Sari, Istana budaya
Koleksi baju-baju yang pernah dipakai oleh Dato' Siti nurhaliza

Puas hati!!!Menakjubkan!!! tu yg dapat aku katakan mengenai filem ini. Dua budak kecil “Upin&Ipin” buat aku tergelak jer. Filem yang berkisarkan dua orang budak bandar pulang ke kampung dan terjebak dalam kes penyiasatan kecurian buah durian oleh “Hantu durian” di dusun atuknya. Citer dia bermula camni, dua budak bandar pulang ke kampung nak jupe atuk sambil mengetahui kes kecurian buah durian oleh hantu durian di kebun atuk dia. On the way balik kampung tu memang aku terpukau dengan scenes dia. Scene monyet dengan Lim, Scene angsa melintas jalan, scene ayam dan lembu memang amat melucukan heheh…. Sampai kat kampung mereka mula berkenalan dgn watak-watak utama seperti Upin, Ipin, Sally, Kak Ros dan Rajoo. (Pandai betul diaorg hidupkan watak-watak ni dgn character yg berbeza). Watak Sally memang melucukan, dan percakapan Upin & Ipin plak boleh buat sume penonton dlm panggung tergelak. Pengembaraan bermula bila Upin,Ipin dan Rajoo follow dua budak bandar tu ke dusun dan mereka mengejar satu makhluk pelik yang kononnya hantu yg mencuri buah durian kat dusun tu (Scene dia memg wow!!, rugi kalo xtgk!!! Makhluk tu plak cutee gileer!!! Sure ramai fans nanti), masa tu mcm2 la penceritaan yg best!!(kene kejar ular raksasa, makhluk seakan predator, dan lintah bulan yg besar ),nak citer pun panjang heheh, nak tau kene tgk sendiri hehe, tp ending dia memg best la, rahsia hantu durian tu akhirnya terbongkar..…!!