;

Tuesday, June 30, 2009

Teruja! Kagum! SATU mencipta kegemilangan...



Promote diri muahaha...

Yeah..kalo dah nama Siti Nurhaliza, buat konsert ape pun pasti meletup!!!.....secara jujurnya aku amat berpuas hati dengan perjalanan plot konsert SATU....Tepat jam 5.30 petang aku bergegas ke Bangi dan Pantai Dalam untuk mengambil kawan dan kami bertiga terus ke Istana Budaya. Hati mula berdebar tak kala melihat baju2 yg pernah dipakai oleh Dato' Siti Nurhaliza sepanjang bergelar anak seni...(Menakjubkan!!) baju yang dipertontonkan di ruang legar Istana Budaya sudah cukup menceritakan perjalanan konsert yang akan dipersembahkan nanti....aku dan kawan2 memanfaatkan masa sepenuhnya dgn bergambar di ruang legar IB...Apabila pengumuman kebenaran masuk panggung dibuat, keterujaan makin bertambah...wahhh!!!! xsbr!!!!....

Sesi bergambar b4 masuk Panggung Sari, Istana budaya



Koleksi baju-baju yang pernah dipakai oleh Dato' Siti nurhaliza

Selepas sama2 berdiri menyanyikan lagu Negaraku, maka kelunakan dan kemerduan suara diva terulung mula bergema!!!! sorakan demi sorakan terus dilontarkan oleh para peminat...gamat dibuatnya...aku dan kawan2 juga turut bersorak!!! hahaha...beshhh sgt!!!...2 jam dihiburkan dengan vocal mantap CT...PUAS.....SGT PUAS!!!!....kehebatan yg tiada tandingan....aku cukup teruja dengan lagu Kurniaan Dalam Samaran yang dipersembahkan oleh ct., dengan memakai kimono merah, ct menyanyikan lagu tersebut sambil berjalan bersilang..hebat!!!Tarian yang dipersembahkan juga amat hebt (pandai juge ct nari ehh), aku betul2 terpukau bile dengar lagu cindai yg diubah dan lagu ku milikmu yg diadun dgn lagu Crazy in love..hebat!!!...(xtau nak citer camner dah muahahah)

Konsert berakhir lebih kurang pukul 11 lebih, aku dan kawan2 memutuskan untuk terus pulang ke rumah kerana kepenatan...so xsempat nak amik autograf ct huhu......


Penutup Konsert SATU

No comments: